TVS Rakan Animations Ulasan Filem Animasi Sarawak: Lauk Kadeka ka Indai di TVS & Harapan Terhadap Industri Animasi 3D Negeri Selamat pagi dan salam sejahtera. Malam tadi, saya berpeluang menonton sebuah filem animasi dari Sarawak bertajuk Lauk Ka Indai yang disiarkan di saluran TVS. Filem ini begitu menarik kerana mengetengahkan budaya dan cerita rakyat tempatan dalam bentuk animasi 3D yang kreatif serta menghiburkan. Saya berasa sangat bangga dan terinspirasi selepas menontonnya. Melalui blog ini, saya ingin menyuarakan harapan saya agar kerajaan Sarawak memberi fokus lebih serius terhadap pembangunan industri filem animasi 3D, terutama dalam kalangan masyarakat Iban. Saya percaya Premier Sarawak dan Timbalan Premier boleh berbincang dan mengambil inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai anak muda Iban menceburi serta menguasai bidang animasi 3D bagi mengangkat dan memperkenalkan cerita rakyat Iban kepada dunia. Sebagai rujukan, industri animasi di Semenanj...
Selamat malam semua. Tajuk :Masa Depan Bola Sepak Sarawak : Kuching City FC Perlu Stadium Sendiri Masa Depan Bola Sepak Sarawak: Kuching City FC Perlu Stadium Sendiri Keperluan Stadium Milik Kuching City FC Bola sepak Sarawak semakin berkembang, tetapi satu kelemahan utama masih menghalang kemajuan Kuching City FC – pasukan ini belum memiliki stadium sendiri. Baru-baru ini, seorang peminat luar negara yang menyaksikan perlawanan Kuching City FC vs Perak FC memberikan kritikan terhadap keadaan Stadium Negeri Sarawak. Peminat ini, yang merupakan penyokong setia pasukan terkenal Ajax, menyatakan bahawa stadium ini tidak sepadan dengan harga tiket penyokong dan masih berada pada tahap yang tidak profesional berbanding stadium di luar negara. Mengapa Kementerian Belia & Sukan Sarawak tidak malu apabila stadium negeri dikritik oleh penonton luar negara? Kritikan ini membuktikan bahawa bola sepak Sarawak memerlukan perubahan besar agar dapat bersaing di peringkat lebih tinggi ...