TVS Rakan Animations Ulasan Filem Animasi Sarawak: Lauk Kadeka ka Indai di TVS & Harapan Terhadap Industri Animasi 3D Negeri Selamat pagi dan salam sejahtera. Malam tadi, saya berpeluang menonton sebuah filem animasi dari Sarawak bertajuk Lauk Ka Indai yang disiarkan di saluran TVS. Filem ini begitu menarik kerana mengetengahkan budaya dan cerita rakyat tempatan dalam bentuk animasi 3D yang kreatif serta menghiburkan. Saya berasa sangat bangga dan terinspirasi selepas menontonnya. Melalui blog ini, saya ingin menyuarakan harapan saya agar kerajaan Sarawak memberi fokus lebih serius terhadap pembangunan industri filem animasi 3D, terutama dalam kalangan masyarakat Iban. Saya percaya Premier Sarawak dan Timbalan Premier boleh berbincang dan mengambil inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai anak muda Iban menceburi serta menguasai bidang animasi 3D bagi mengangkat dan memperkenalkan cerita rakyat Iban kepada dunia. Sebagai rujukan, industri animasi di Semenanj...